Modul Seminar
Glow up adalah satu seminar yang julung kalinya diadakan secara bersemuka dan khusus untuk peminat skincare di luar sana. Di sini kami ingin menghimpunkan para peminat skincare, pempengaruh dalam bidang penjagaan kulit wajah dan kecantikan serta jenama produk penjagaan kulit untuk bersama-sama dengan kami dalam seminar kali ini.
Sertai kami untuk dapatkan satu pengalaman yang berharga dengan pelbagai slot dan aktiviti yang akan diadakan. Mari bersama-sama kami untuk merealisasikan impian anda untuk kekal glow dan cantik!

5 Langkah Anda Boleh Jadi Pakar Untuk Kulit Sendiri
Menjaga dan memahami keperluan kulit adalah penting dalam langkah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri. Ikuti seminar ini untuk ketahui 5 langkah mudah menjadi pakar untuk kulit sendiri.

12 Kategori Bahan, Fungsi & Cara Ia Bertindak
Seminar kali ini akan memberikan pendedahan kepada anda tentang 12 kataegori bahan yang ada di dalam produk penjagaan kulit, fungsi dan cara ia bertindak.

Jeragat: Cara & Produk Untuk Pudarkan Jeragat
Temui rahsia untuk hilangkan jeragat dan capai kulit yang cerah dan berseri. Anda juga akan mengetahui cara cerahkan jeragat dan pemilihan produk yang sesuai
untuk digunakan.

Jerawat: Cara & Produk Untuk Hapuskan Jerawat
Jerawat ada banyak jenis dan cara merawatnya juga berbeza-beza. Dalam seminar kali ini anda akan pelajari teknik yang berkesan untuk hapuskan jerawat dan cadangan produk yang sesuai digunakan mengikut masalah kulit yang dihadapi.

Teknik Jaga Kulit 3+1 Yang Ringkas & Berkesan
Temui teknik penjagaan kulit yang ringkas dan berkesan untuk dapatkan kulit yang sihat. Hanya dengan beberapa langkah, kulit akan kekal glow dan cantik! Pastikan anda tidak terlepas untuk tahu teknik ini dengan mengikuti seminar Glow Up.