Modul Seminar
Seminar Glow Up ialah seminar yang diadakan khusus untuk peminat skincare seperti anda.
Seminar ini turut menghimpunkan pempengaruh dalam bidang ini, penjual dan pengguna yang mahu menguasai ilmu skincare dengan lebih mendalam.
Seminar ini menyediakan pengalaman melalui pelbagai pengisian yang bertujuan menjadikan kulit anda dan diri anda lebih Glow Up!

5 Langkah Anda Boleh Jadi Pakar Untuk Kulit Sendiri
Menjaga dan memahami keperluan kulit adalah penting dalam langkah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri. Ikuti seminar ini untuk ketahui 5 langkah mudah menjadi pakar untuk kulit sendiri.

12 Kategori Bahan, Fungsi & Cara Ia Bertindak
Seminar kali ini akan memberikan pendedahan kepada anda tentang 12 kategori bahan yang ada di dalam produk penjagaan kulit, fungsi dan cara ia bertindak.

Jeragat: Cara & Produk Untuk Pudarkan Jeragat
Temui rahsia untuk hilangkan jeragat dan capai kulit yang cerah dan berseri. Anda juga akan mengetahui cara cerahkan jeragat dan pemilihan produk yang sesuai untuk digunakan.

Jerawat: Cara & Produk Untuk Hapuskan Jerawat
Jerawat ada banyak jenis dan cara merawatnya juga berbeza-beza. Dalam seminar kali ini, anda akan pelajari teknik yang berkesan untuk hapuskan jerawat dan cadangan produk yang sesuai digunakan mengikut masalah kulit yang dihadapi.

Teknik Jaga Kulit 3+1 Yang Ringkas & Berkesan
Temui teknik penjagaan kulit yang ringkas dan berkesan untuk dapatkan kulit yang sihat. Hanya dengan beberapa langkah, kulit akan kekal glow dan cantik!